E.Y.E - Izinkan Aku Selamanya (versi dari album Semakin Menjadi Jadi untuk pasar Indonesia) (1999)


ASSALAMUALAIKUM

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada
penerbit E.Y.E iaitu ADINDA AMIRO serta pembantu penerbit (ZACK, RIO) yang telah bertungkus lumus dan sporting dalam menjayakan E.Y.E yang ketiga ini.

Tak lupa juga BUAT ALIS, TAUFIK, BUNG, MAHMUD, YUSRI YUSUF, BELLE, A.D. SANI SUDIN serta SAM (sound engenier) diatas kerjasama mereka. Dan untuk penerbit lagu " IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DIHATI " iaitu KEM juga kami ucapkan berbanyak banyak Terima Kasih.

Kepada kaki tangan FMC MR HO, LIM (manager) A & R manager
(MAHZAN B), pro (LIZA) dan Pro (YANN) semoga dengan lahirnya album ini akan meningkatkan lagi usaha kalian dalam
mengetengahkan lagi E.Y.E dipersada muzik tanah air dan Terima
Kasih diatas kerjasama mereka untuk album E.Y.E yang lalu.

Untuk Dj-Dj di seluruh semenanjung, Sabah, Serawak, Brunei dan Indonesia yang selama ini telah memberikan sokongan buat kami tiada apa yang mampu kami ucapkan melainkan ucapan Terima Kasih yang tak terhingga dan lepas ini jangan lupa putarkan banyak-banyak sikit lagu E.Y.E. Untuk media cetak serta media elektronik serta TV 1, 2, 3 dan 4, TCS, RTB juga tidak kami lupakan kerana tanpa kerjasama anda siapalah kami

Akhir sekali buat seluruh peminat E.Y.E dimana mereka berada salam sayang dan rindu untuk kami.

IZINKAN AKU SELAMANYA

Telah aku terima takdir dari yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sadari siapa diri ini
Sebalik suratan cahya cinta yang suci
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

C/o
Ku turutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan didada mengiringi langkahku
Jaminan bahagia iringan doa restu
Didalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan ku daki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian oh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu dihati
Biarkan selamanya ku begini

(solo ulang C/o)

Sudah lumrahnya insan
Tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan pengajaran
Menuju bahagia idaman

Lagu : Kamal Halim
Lirik : Kamal Halim




email : hendyblack.id@yahoo.co.id Islam Terbukti Benar http://hendyblack.blogspot.com/

0 komentar:

Posting Komentar

Kita Tukaran Link Yuk !

Silahkan tinggalkan komentar anda disini...

Jam Dunia